Btangor In News

Sunday, January 21, 2007

Hujan Memanjang

Cuaca di Bintangor kebelakangan nih asyik hujan aje. Kdg2 pagi2 dh hujan dah, petang & malam pun selalu... So, aktiviti warga Bintangor skrang nih suka dok kat rumah jer ler.. takde benda yg dapat dikerjakan kalo musim hujan begini... Selalu jugak air pasang mula melimpah ke jalan2 utama di sini.

Namun begitu, bagi Nabi Muhammad s.a.w. , hujan adalah merupakan rahmat daripada Allah. Rahmat yang menghidupkan segala hidupan di dunia ini manusia, haiwan, tumbuhan dan segalanya.Tidak dapat dibayangkan jika dunia ini tanpa hujan, pasti smuanya kering kontang dan air sudah semestinya menjadi lebih berharga daripada minyak...

Ada para sahabat menceritakan bahawa Rasulullah sering merasa bingung & resah apabila melihatkan langit tiba-tiba bertukar menjadi gelap dan suram (mungkin bala petaka @ kiamat). Namun begitu, pabila melihatkan air hujan yang turun Baginda mula tersenyum dan gembira, dan menyatakan bahawa rahmat telah diturunkan oleh Allah s.w.t.

Oleh itu, bersyukurlah kita dengan rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Nescaya kejadian banjir yg melanda di Johor baru2 ini merupakan cabaran & dugaan daripadaNya. BERSABARLAH....

Chelsea Main Teruk... Tensen

Sesapa yang ader menonton perlawanan between Chelsea n Liverpool, mesti bengkek habih dgn cara mrk bermain. Namun b/manapun, tahniah buat pertahanan Liverpool yg bermain sangat cemerlang mlm tadi. Apa yg Mourinho fikir, utk menurunkan Fereira & Essien yang kemetot sbg pertahanan tengah buat Chelsea utk menjaga Crouch (manusia tertinggi dlm EPL) Strategi ape tuh??!! Tu la... dulu ada defender yg bagus2 dijual. Calvarho mana yek? Patutnya dier yg main, baru konfiden ckit.

On the 2nd half barulah defender Chelsea dpt bermain dgn baik.
Tapi bahagian TENGAH, memang hancus... langsung takde idea nak bocorkan benteng Liverpool yg dijaga oleh Carragher & Agger. Tambah2 lagi MIDFIELD Liverpool mmg hebat2 belaka (Gerrard, Alonso) 2 org nih dah cukup buat Chelsea merana... ADUSSS..

Bahagian SERANGAN, Drogba sejak kbelakngan nih sukar utk bergerak, mungkin defender2 EPL dah tahu mcm mane utk mengekang nya ya... (dgn bbrp kali jatuh terkelepok sendiri) Robben pula awal dikeluarkan stlh tak menunjukkan prestasi yg mbangga kan...

ANYWAY, CHELSEA KASI CAN DGN LIVERPOOL UTK KEJAR DULU... LEPAS YG INJURED2 TU SEMBUH NANTI, SEDIA LER CIUM ASAP KENA TINGGAL hehe

*Chelsea belum keluar 11 eleven mereka yg betol2

Al Fatihah for Miji

MAri kita sedekah bersama-sama Al Fatihah kepada our fellow bintangorian & footballer, allahyarham Miji yang telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas.

AL FATIHAH

AMIN